Ahad, 30 Mac 2014

TIPS JIMAT : BIJAK BERBELANJA

En Google


Semakin hari hari kos kehidupan semakin meningkat..
Jika dulu kita bawa RM50, lengkap keperluan rumah dapat diperolehi, namun sekarang RM 50 umpama duit RM 5. Hanya 2 atau 3 barang sahaja yang dapat dibeli.
Peningkatan kos hidup masa kini menyebabkan kebanyakan keluarga mula dibebani dengan pelbagai tekanan dalam hidup.

Tanpa pengurusan kewangan yang betul, membesarkan anak-anak kecil pada zaman ekonomi yang meruncing amat mencabar sekali. Disebabkan itu, kebijaksanaan dan toleransi diperlukan antara suami isteri agar mampu untuk menguruskan kewangan keluarga sebaiknya.

Justeru itu, disini ingin saya kongsikan artikel yang pada hemahnya diharap dapat membantu para suami dan isteri untuk menguruskan kewangan keluarga dengan sebaiknya .

Tips-tips ini diperolehi daripada link ini [Klik] :

1. Sefahaman
Berbincang dalam apa jua keputusan yang hendak dilakukan adalah tindakan bijak pengurusan ekonomi keluarga. Sifat bertolak ansur mestilah diamalkan selain jujur dan ikhlas sesama sendiri agar terhasil keputusan yang baik. Sifat muafakat suami isteri ini dapat mengelakkan rasa tidak puas hati atau memendam perasaan.

2. Utamakan keperluan bukan keinginan
Dalam mengatur bajet keluarga, dahulukan apa yang penting seperti pembayaran bil air, elektrik, telefon, ansuran rumah, kereta, perbelanjaan rumah dan persekolahan/taska anak. Elakkan daripada melengahkan atau menangguh pembayaran ini kerana ia boleh menyusahkan anda sendiri.

3. Peruntukan saguhati untuk ibu bapa
Kata orang pemberian wang belanja walaupun sedikit untuk ibu bapa boleh membawa keberkatan dalam kehidupan kita. Oleh itu ketepikan sejumlah wang mengikut kemampuan masing-masing untuk dihulurkan pada ibu dan ayah yang sekian lama membesarkan kita.

4. Mencari pendapatan tambahan
Adakalanya pendapatan yang diperolehi terlalu banyak agihannya hingga kita merasakan tidak mencukupi. Ia sesuatu yang normal dalam kehidupan masa kini yang serba-serbi memerlukan wang. Bagi mengatasi masalah ini gunakan kepakaran atau bakat yang ada untuk membuat kerja-kerja sampingan yang boleh menghasilkan pendapatan sampingan.

5. Bersedekah walaupun sedikit
Amalan bersedekah di waktu ada dan tidak ada akan memurahkan lagi rezeki kita. Jika kita mempunyai wang yang sedikit, hulurkanlah sedikit tetapi jika ada lebih, hulurkanlah lebih. Jangan menjadi bakhil untuk membuat kebaikan. Niat bersedekah kerana Allah Taala. Insya Allah akan diberkatiNya.


        Kesannya akan dirasai oleh kita tanpa disangka-sangka. Misalnya ketika kita dalam kesusahan, ada sahaja huluran bantuan yang diberikan daripada orang lain. Atau tanpa disedari usaha-usaha yang anda lakukan mendapat kejayaan dengan mudah. Siapa pun tidak akan tahu kerana ia adalah balasan dari Tuhan atas amalan bersedekah yang dilakukan oleh hambaNya.



"Hendak Tahu Rahsia Sihat,Cantik dan Langsing sambil menyusukan anak" email:nurulsyazwanisaliman@gmail.com atau sms / wassup 0182272235 InshaAllah akan cuba membantu :)

0 comments:

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design