Khamis, 19 Disember 2013

Sayang Emak!!!

Assalamualaikum semua..
Selamat pagi...
Apa khabar???

Dulu pengalaman mak sekarang pengalaman sendiri..

Pengalaman menjadi seorang ibu adalah pengalaman yang cukup indah...
Boleh dikatakan tak mungkin akan dilupakan..
Melihat anak membesar depan mata
Dari sebesar 2 jari sehingga ke besar tapak tangan..
Dari cuma pandai eekk..eek..eek..
Da pandai wuaaaa...wuuaaaa
Dan dari start terbaring sampailah pandai berjalan...
GREAT moment will never forget till the last breath..
So exciting moment, awesome dan so on...
Bersyukur sesangat...

Ringkasnya meh tengok gambar kat bawah ni hah...conclude dah setiap pengalamannya..hehehe

It memorable and awesome!!!

Rabu, 18 Disember 2013

Hebatkan!!!

Assalamualaikum...
Kabare wak???
Hehehe

Hari ini just nak sharing sesuatu yang menarik tentang susu ibu..
Tidak terfikir dek akal pun..
Sungguh indah dan sungguh bermakna..
So ibu2, mommies2 dan bakal2 ibu mailah kita berniat dan berusaha untuk menyusukan anak kita selagi masih berkemampuan.. :)

Amik dari facebook..sebab rasa menarik untuk dikongsikan.. :)

Selasa, 17 Disember 2013

Ringkas, Jimat dan Mudah

Assalamualaikum semua..
Kabare...

Hehehe..bahawa jawa gitu...
Sebenarnya hari ni  bukan nak cerita pasal Dhia, 
tapi nak cerita pasal satu website ni yang bagi idea macam mana kita sebagai suri rumah boleh berjimat cermat dalam membelanjakan wang .
Benda ringkas dan boleh didapati daripada sekitar kita..
Sebagai contoh, tag roti, penutup tin dan so on..

Info-info yang diberikan sangat berbaloi rasanya..
Ada yang tidak terpikir sebelum ni..
Tapi bila tengok pada website ni, oowwwhhh..okeyyyy..dapat idea..
Sebabnya, diriku ini memang suka guna bahan-bahan yang terbuang untuk dijadikan "benda" baru..haaa...gituuuu..
Kalau boleh tak nak membazir sangat..
Yelah sebab benda-benda kecil yang kekadang harga dijual WOW!!! hamek ko mahalnye, walhal boleh buat sendiri..
So bila tengok website ni, hati dengan senang gumbira tersengih-sengih...


So jom tengok-tengok link ni
Sebelum cek link tersebut, mai layan satu dua gambar 

Hah tengok boleh buat double2 gantung baju...jimat space..hehehe

Boleh jadi tempat untuk sangkut frame gambar okey :)

Agak-agak siapa-siap yang selalu hilang earing bolehlah try gaya gini ea...hehehe
Check out this LINK

Sabtu, 14 Disember 2013

Bila da dapat kaki..

Assalamualaikum semua...
Memalam macam nh baru sempat nak menulis, menaip dan pelbagai lagilah...hehehe
Masa cuti sekolah nh memang banyak kerja-kerja yang tertunggak nak dilangsaikan..
Yelah kalau masa persekolahan, masa sangat-sangat cemburu, asyik tak sempat je..
Hehehe...

Hah cerita pasal si comel tu..tak lama lagi dah nak setahun...
Sudah besar rupanya jantung hatiku ini.. hehehe
Bermacam-macam perkara dah pandai buat...Sukaaaa...
Yang terbaru nh baru je pandai berjalan...
Waaa sukanya si comel ni bila dapat kaki...
satu rumah diteroka...
Sambil berjalan mulut macam nenek..pot pet..pot pet..
Ada je yang ditanya, ditegur dan dipersoalkan..
Tapi seronok...seronok sangat...
Bila tengok si comel nh bertatih a.k.a berjalan rasa sangat-sangat teruja..
Mana tidak teruja, anak pertama katakannn..hehee..
Tapi serius, bila nampak Dhia mula menapak setapak demi setapak rasa syukur sangat-sangat, siap belanja si comel ni pergi main kereta main..ala yang guna remote tue...hehehe

Si kecil ni mula belajar berjalan masa dekat pusat sains negara (PSN)..3 hari duk bertapa di sana, balik rumah terus bertatih-tatih...
Mula-mula bertatih, jatuh bangun jatuh bangun, nangis...pastu sengih...hehehe..al maklum lah kanak-kanak, masa nangis kena agah sengih..eeee comeeellll..geram2
Seminggu eh silap2 dua minggu jatuh bangun, jalan beruang, alhamdulilah hari semalam 13 hb 12 tahun 2013 sudah mula berjalan..


Masa mula-mula nak berjalan



Aktiviti seterusnya adalah memanjat :)






 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design