Sabtu, 23 November 2013

Pati Delima

Assalamualaikum semua...
Hari terlebih rajin nak megupdatekan dua cerita..satu pasal si comelku chak...dan satu lagi pasal pati delima...

Wokey...delima kan memang bagus untuk kesihatan lagi-lagi kalau wanita yang mengandung banyak khasiatnya..
Dulu-dulu masa pregnant delima nh boleh dikatakan makanan harian..(walaupun ada tuang2)..
Tapi best!!...Serius bagus khasiat delima..
Agak-agak sape yang pregnant mailah amalkan...

INFO :- [ tq ]

Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Antara khasiatnya adalah :-

  • MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL

Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

  • DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 

Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

  • MELAWAN PENYAKIT JANTUNG

Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

  • MERANGSANG TENAGA BATIN

Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

  • MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

  • MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS

Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

  • MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

  • MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT

Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

  • DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA

Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

  • MERENDAHKAN TEKANAN DARAH

Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

  • MENGUATKAN KESIHATAN GIGI

Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

  • MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)

Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
  • MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA

Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

  • MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN

Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

  • DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL

Jika diambil semasa awal kehamilan:

  • Ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung.

  • MELINDUNGI OTAK BAYI

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.



LAGI KHASIAT DELIMA :-
  • Melawan penyakit gaut
  • Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
  • Merawat 'sinus'
  • Meningkatkan tenaga
  • Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
  • Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
  • Menormalkan fungsi hati
  • Menstabilkan peredarah darah
  • Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
  • Mencuci darah kotor

Bila baca terasa tak yang delima nh terlalu banyak khasiatnya...lagi-lagi kepada wanita-wanit dan ibu-ibu yang mengandung..seriusly daku masa pregnant mmg delima so sedappp...

Tapi al maklumlah buah delima nh susah nak cari, so sebagai alternatif lain, daku mengambil Pati Delima Gulshan.
Sodap pun sodap..hari-hari mesti minum...so simple dan sangat ringkas...Awal-awal dulu daku campurkan dengan air..tapi lah nh, minum gitu je..sebab rasanya sedapppp...hihihi (^__^)

Inilah dia Pati Delima Gulsan



Jom bertatih

Assalamualaikum semua...
Lamanya tidak menulis...idea melambak-lambak tapi masa yang  tidak mengizinkan..owh daku sangat mencemburui masa..
Terlalu banyak nak cite tp seriusly sangat-sangat tidak sempat...
Start dari awal bulan 9, dah mula sibuk tak hengat...dengan family, dengan sekolah (nh tak yah cite)..
Tapi yang pasti memang seronok...

Yang kali ni nak cite pasal dhia...banyak sebenarnye cite pasal si comel nh..sampai tak tahu nak start dari mana...fuhhhh~!!

Dhia da 11 bulan secara official nye 27 hb nnt..tapi perlakuan rasanya da mengalahkan budak setahun..sukaaaaa...sebab da ada geng kat rumah..hehehe
* geng masak
* geng main kejar-kejar
* geng main nyorok2..
* geng makan... 
* geng bercerita
* geng menyanyi
* geng membaca dan so onnnn laaaa....hehehe


Bila gi kerja mesti teringat2 keletah2 sampaikan tak sabar nak balik umah...hilang semua stress dan masalah yang dihadapi..
Bila si kecik nh buat muka sengeh...comel tak hengat kau...sangat2 comel...

Paling best sekali bila si kecik ajak main kejar2..dengar dia gelak aduhai makkkk...suka sangattt...Sekarang nh dhia baru belajar bertatih..setapak dua, okey penat duduk kejap...pastu buat lagi...nampak semangat g2...hehhee...tak pe step by step..
So far paling rajin dhia buat adalah berjalan kaki empat...macam beruang berjalan...laju woooo..lagi2 kalau tengah main kejar2...mahu berpeluh-peluh jugaklah...(eh ye ke?)...hehehe..

Dah penat berjalan kaki empat, tarik kerusi tolak..alahai anak owh anak... Ada sekali tue kat umah MIL boleh si kecik nh tarik kerusi yang agak berat (kerusi meja makan), keluar dari ruang letak, pastu main tolak2 kerusi..tak abes tue, siap dengan memek muka lagi tarik kerusi... senyum ajelah ibu awak nh dhia..

Our buddy.. Dhia :)





 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design