Sabtu, 8 Jun 2013

Tanda-tanda bayi telah bersedia menerima makanan pejal



Bilakah saya harus memperkenalkan makanan bayi?
Muka Dhia bile dapat makanan, macam anak burung...
Nganga jo...

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, oleh itu sumber makanan lain diperlukan. 

Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan atau terdapat ahli keluarga anda yang menghidap penyakit seliak (celiac disease), anda perlu lebih berhati-hati. Risiko alahan terhadap makanan dan penyakit seliak akan berkurangan sekiranya proses bercerai susu ditangguhkan sehingga bayi berusia enam bulan.

Jika anda rasa yang bayi anda patut mula mengambil makanan pejal sebelum usia enam bulan, bincanglah dengan pakar pediatrik atau doktor anda terlebih dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi bayi anda makanan pejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan, kerang-kerangan dan kekacang. 


Adakah bayi saya bersedia untuk makanan pejal? 

[ Checklist ]

Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan pejal jika dia: 


• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 

• duduk dengan baik apabila dipegang 
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah 
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. 

• berat badan telah naik secara sihat 
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan 
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 



Dhia dah beso rupanya...sekejap je...muaaahhhhhhh..

credit : LINK

Ahad, 2 Jun 2013

Luaskan Kuasamu Johor


Gambar yang menerangkan segalanya...
^___^


Saya adalah warga JOHOR...

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design