Ahad, 28 April 2013

Autumz Single Pump; Review


Autumnz Single Pump.

Masa mula-mula nak beli..risau juga sebab tak banyak review tentang pump jenis ni..tapi tawakal sahajalah..
Alhamdulilah...

Beberapa review tentang pam ini setelah digunakan..

Kebaikkan Autumnz Single Pump
  • Mudah untuk digunakan.
  • Sedutan tidak menyakitkan..rasa macam Dhia sedang menyusu masa mengepam..
  • Ada 2 stage untuk sedutan..saya suka guna dua-dua jenis sedutan..tapi lebih prefer T1 sebab lebih smooth..hehehe..
  • Susu alhamdulilah..(makin bertambah lebih-lebih lagi lepas ambil supplement daripada Shaklee)
  • Mudah untuk dicuci dan dibersihkan kerana pam ini sangat simple..tak banyak part yang perlu dibersihkan(Saya sukaaaa!!!)
  • Ringan
  • Boleh guna bateri dan Elektrik..(so far belum try yang baterinya.)Nanti da try saya review nye..
  • Botol untuk storage boleh guna brand OK baby atau brand Autumnz nye sendiri..saiz memang bersesuaian..so tak yah pening-pening kepala untuk cari botol Autumnz..hehehe..
  • Bunyi..So far pada saya..okey...tak delah kuat mana pun bunyinya.. ^__^
  • Harga yang berbaloi-baloi...

Keburukan Autumnz Single Pump.

  • Hanya terdapat satu pam sahaja..(tengah fikir cara untuk jadikan double).
  • Autumnz - Venting Valve yang ini mudah hilang..agaknye klu hilang lagi..saya soletp jelah...hehehe



Autumnz - Venting Valve 

Ini adalah pakej yang saya gunakan..sangat-sangat berbaloi dan menjimatkan...dalam satu pakej..boleh dapat satu set lengkap..hah!jimatkan..kan..kan...hehehe..Pakej ini boleh didapati di 


promote gitu.. :)



*Pakej Rakyat* is inspired by by our 1 Malaysia slogan whereby "Rakyat Didahulukan". OBW hope that this package will go some distance in alleviating the rising cost of living whilst at the same time bringing quality and value to our customers.

With this package, you will receive:

  • 1 unit of Autumnz Electric Steam Steriliser worth RM129.90
  • 1 unit of Autumnz Home & Car Warmer worth RM99.90
  • 1 box of Neuners Organic Nursing Tea worth RM39.90
  • 1 box of Autumnz Double Ziplock Breastmilk Storage Bag 12oz worth RM12.90
  • 1 unit of Autumnz - MARVEL Single Electric Breast Pump with 2-Stage Pumping (T1 stimulation & T2 pumping) : for effective & efficient pumping worth RM359.00
  • 1 Autumnz Cooler Bag (FREE Autumnz Air Dry Mesh Bag)** worth RM55.90
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90  (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
  • FREE 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack worth RM39.90 
  • FREE 1 unit of Receiving blanket worth RM15.90 
  • FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90 
  • FREE RM20 One Baby World voucher to be redeemed against your future  
  • FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover 

Update Nursing Cover

 Nursing Cover..


Alhamdulilah..nursing cover yang saya order da sampai.. Excited nak guna..
First trial guna masa kat rumah..sesaje nak test okey ke tak..so far masih belajar lagi...
simple dan mudah..

Sebenarnya masih banyak pilihan warna..boleh pilih kat 


macam-macam ada..harga sangat affordable..
Jahitan pun sangat kemas..
So telek satu persatu corak yang nak beli..terus mesej kak maz (pemilik blog)..tanya berkaitan dengan kod warna tersebut..Alhamdulilah masih ada stok..Terus order...esok bayar..dan lusa sampai..cepat, pantas dan berkualiti..

Tapi 
Cuma satu jelah..Dhia suka main tarik-tarik kain nursing ni hah..mungkin warna yang ibu dhia pilih ni comel sangat sampaikan Dhia tertarik...hehehe..So far so good.. YES!!!continue untuk Bf sampai Dhia membesar..sukaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

Papehal pun kena berlatih untk menggunakan nursing cover sebab 19/5/2013 nak ke uitm tengok adik kesayangan convo..
wahhhh...jalan-jalan...jommm

Isnin, 22 April 2013

Nursing Cover.

Assalamualaikum..
Ya hari ini, saya cuma mahu beritahu saya mahu beli nursing cover...
muahahhaa..lambat sungguh anda membelinya..(dush23x)

Ah'ah..kat bawah ni ada contoh2 patern nursing cover..tak sabar nak beli..nanti bolehlah Dhia menyusu dimana-mana sahaja..except bilik air..muahahhaa...I love u so muchhhhhh la...muuahhhhh


Antara kegunaan NURSING COVER ialah :

1) sebagai kain penutup bayi semasa menyusu
2) sebagai kain lapik bayi
3) sebagai selimut bayi

 Owh..my..


Cik Puan Googlie

Cik Puan Googlie

Cik Puan Googlie

P/S: Nak tunggu green light dari en suami..:)..dapat green light..bolehlah beli then kita share-share nye.... ^__^

Sabtu, 20 April 2013

ROKOK ELEKTRIK



Rokok Elektronik...owh rokok elektronik..Ce tengok gambar kat bawah ini..Inila rupanye rokok eletronik tu. Macam pen pun nya kan..kan..kan.. 




Sebenarnya en suami tengah dalam proses nak berhenti merokok..so dia tengah cuba guna rokok elektronik.

Masa mula-mula agak membantah jugalah yelah..harga ratusan kot..kihkihkih...tapi memikirkan en suami kata ramai kawan yang berjaya berhenti merokok selepas guna rokok elektronik..okeylah..silalah beli..


So 1st time beli..beli yang rechargeable..ala yang elektroniknya..main cas-casnya..adalah dalam RM100...bertahanlah selama 2 ke 3 hari kot..(rokok nh jenis tak tahan lasak)..jatuh sikit da rosak..

Pastu en suami beli yang jenis mekanikalnya..alhamdulilah masih bertahan sehingga ke hari ini...kihkihkih..

Ceraian rokok elektrik

Inilah gayenye bila menghisap rokok elektrik..macam hisap paip pun ada..kuikuikui

 Kebaikkan rokok elektrik..(LINK)


1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”
5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”


P/S: Mudah-mudah..en suami berjaya berhenti merokok..aminn...sumber gambar semuanya daripada en googles.. ^__^

GWIYOMI: CUTIE SONGS..



Mane lagi comel???








Rabu, 10 April 2013

FER'SKIN

Assalamualaikum semua..

Fer'Skin..ya Fer'skin..satu produk kesihatan yang saya makan sebab ada yang kata boleh tambah susu badan. Apa yang boleh tambah susu badan saya akan cuba untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Tapi saya makan tak ikut sukatan yang diberikan (jadi doktor sendiri). Saya makan 1 biji sehari atau 1 biji pagi dan 1 biji malam. ikut kerajinan. 
Lagi pun saya risau nak makan lebih-lebih, risaunya Dhia sakit pulak nanti. Ini pun dah selesema dan batuk..tapi alhamdulilah batuk da beransur pulih begitu juga selesema.. syukur sangat2..

Okey ini review saya tentang FER'SKIN


Selama seminggu saya makan.

:) Menghilangkan sembelit dan kurangkan tekanan darah tinggi
( melawaskan..hehehe)
:) Mengurangkan kedutan, tempat hitam, selulit dan jerawat       ( memang nampak ada perubahan)
:) Meningkatkan kadar metabolisme (lebih aktif)
:) Meningkatkan peredaran darah,mengurangkan sakit bahu dan belakang
:) Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik
:) Memberikan rasa kekenyangan (hahaha yang ini tak sebab saya menyusukan baby, jd lapo sentiasa)
:)Memberikan tenaga (memang kurang letih sebab saya habis sekolah pukul 6 petang)

Setakat ini sahaja review saya :)..kalau ada penambahan yang lain akan dikabokan kemudian

Ahad, 7 April 2013

Guru Terbaik!!

Assalamualaikum.. ^_^

Hari ini ada masa terluang untuk mengupdatedkan blog ini.. Perkongsian hari ini adalah untuk berbicara tentang GURU TEBAIK..

GURU TERBAIK?? Siapa tahu guru terbaik kita???sape tahu? silalah angkat tangan dan tunjuk tanda TERBAEKKK....hehehe
Guru terbaik, ubat terbaik dan penenang terbaik adalah al-quran dan assunah.. betul tak??? BETULLLLL CIKGUUUUU....hehehe

Sebenarnya yang saya nak cerita, untuk mengajar guru yang terbaik adalah pengalaman.. Saya sangat respect dengan seornag guru saya..tidak pernah jemu mengajar saya walaupun tahu saya adalah seorang yang sangat tulus dan mulus..dan sangat lambat dalam belajar sesuatu perkara..Tapi guru tersebut tersangatlah sabar..
Mungkin pengalaman beliau yang telah lama mendidik anak bangsa menyebabkan beliau sangat sabar dengan karenah anak bangsa zaman sekarang. Cop..cop..saya nak cerita lain lah..

Okey back to the story k..
Pengalaman tidak boleh dicedok dengan pembacaan daripada buku. Pengalaman tidak boleh diambil dengan membaca pengalaman seorang yang lain. Pengalaman adalah perkara yang berlaku dan kita terlibat sekali dengan perkara tersebut. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza.

Sebagai contoh, dalam melahirkan setiap insan yang bergelar seorang ibu, mak, mama, mummy atau umi tidak akan sama pengalaman melahirkan. Ada yang senang dan ada yang berbeza. Kita yang belum mengalaminya akan membaca setiap pengalaman dan cara mereka mengatasinya.

NAMUN...

Tidak semua pengalaman tersebut akan kita alami dan sama cara mengatasinya. Rencah yang kita gunakan mungkin sama tapi hasilnya mungkin berbeza. Sama seperti pengalaman, pengalaman yang sama tetapi cara memperolehi pengalaman berbeza. Kalau sama tentunya tak seronok hidup sebagai makhluk yang Allah ciptakan ^_^.

Setiap masa, setiap saat saya mendapat pengalaman baru. Baik dari segi kerjaya, ibu atau isteri.. 
Ada masanya kita terdiam merenung diri, menilai kembali pengalaman lalu.. Adakah boleh digunakan atau hanya diabaikan??
Owh..tidak mustahil jika pengalaman lama digunakan semula. 
Betul tak??

Sebagai guru, saya menggunakan pengalaman saya sebagai guru praktikum untuk mengajar anak didik saya. Kaedah saya mungkin berbeza. Saya tidak mahu pelajar mengenali saya kerana saya seorang yang garang, hormat saya kerana takut..tapi saya lebih suka berkawan dengan mereka. Jadi saya cuba adaptasikan pengalaman tersebut.

Sebagai ibu, saya belajar sentiasa perkara baru. Sebab saya masih lack dalam menjadi ibu terbaik buat ci nonet saya Dhia. Saya tiada pengalaman menjadi ibu sebelum ini. Menjaga anak sendiri tidak akan sama dengan menjaga anak orang. ^_^

Begitu juga sebagai isteri, dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri saya, sentiasa mengumpul pengalaman. Sentiasa belajar perkara yang baru tentang pasangan kita. Yelah..mana tidaknya saya mana pernah jadi isteri orang. Inilah kali pertama dan juga kali terakhir.. 
(Saya cuma mahu jadi isteri kepada suami saya sahaja).
Tapi disebabkan saya bermula dengan encik suami sebagai kawan, jadi saya menggunakan pengalaman saya sebagai kawan untuk belajar menerima segala keburukan dan kebaikkan suami. ^__^

Hehehe...apa lagi nak cerita lagi ea..??hmm...nantilah tunggu idea datang...idea ni datang macam hujan..time turun mencurah-curah panjang je nak menulis..kalau tidak..alahai sikit jo...muehehehe..

OKey..jom kita gi memasak.... :))))))


Start belajar meniarap dari usia 2 bulan.. Genap 3 bulan terus meniarap..sekarang Dhia da belajar angkat bontot..hehehe

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design