Jumaat, 28 September 2012

Senarai @Checklist Keperluan


Tinggal lagi beberapa bulan ni..lagi berdebar rasanya, seronok, seram sejuk pun ada..search internet cari pelbagai maklumat, pengalaman orang-orang lama. Mula-mula cari maklumat berkaitan dengan 
  • Senaman untuk ibu-ibu mengandung (nanti updatekan). 
  • Lepas tu cari maklumat tentang pergerakan bayi dalam kandungan (seronok rasa baby bergerak-gerak)

sumber :[Facebook]

  • Doa-doa dan petua-petua untuk mudah bersalin.
  • Bantal dan tilam yang sesuai


Macam-macam lagi. Sampai bebular mata. Lastly cari yang berkaitan dengan checklist keperluan yang penting. Mak aku kata sediakan sikit-sikit supaya nanti tak terbeban. Yelah, sekarang ni badan da rasa ringan sikit. Kalau masa awal kandungan, jangan kata nak berjalan, nak online pun hampeh je rasanya..(~_~)..Lagi-lagi masa awal-awal tue adalah masa yang sangat getir dan perit. Berperang dengan ketidaksihatan diri+semester akhir..Memang mencabar..

Tengok laptop pun menyampah..hahaha..sekarang ni..Alhamdulilah..Tapi syukur alhamdulilah..Rezeki anak yang Allah SWT kurniakan memang tidak dijangka..teramat bersyukur...
Sekarang ni rasa seronok..syukur sangat-sangat sebab da ada kekuatan dalam diri untuk melakukan semua kerja *bukan kerja yang berat-berat*

Okeylah bukannya aku nak membebel pepanjang, saja-saja bercerita sebagai pembuka ayat..hehehe (^_^).
Dekat bawah ni ada sedikit checklist yang aku copy and paste dari satu blog. Sumber blog bolehla check seperti yang ada kat akhir checklist.


Semoga checklist ni boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk ibu-ibu atau bakal-bakal ibu yang lain..(^__^)



Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING)

1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans*
2. Kad merah ibu mengandung*
3. Kad pengenalan ibu dan bapa*
4. Duit*
5. Rekod kesihatan*


Keperluan bayi di hospital(PENTING)

1. Selimut dan tuala untuk bayi*
2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan*
3. Beberapa helai pampers*
4. 3 - 4 helai pakaian baby*
5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
6. topi baby / cover kepala baby*
7. Bedung/barut baby*
8. Alatan mandian baby*
9. Wet tissue- untuk lap baby*
10.Minyak telon*
11.Baby dipers *

Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING)

1. Tuala
2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
3. Beberapa pasang stokin
4. Selipar
5. Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin,
6. Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
7. Beberapa helai kain batik
8. Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
9. sikat, bedak, getah rambut
10. Pum susu ibu, botol susu
11. Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
12. Minyak angin
13.Beg plastik
14.Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma
15.Kamera
16.Telefon bimbit
17.Al-quran (sebelum bersalin, jika kena duduk hospital 2-3 hari sebelum due)
18.Air zam zam/air selusuh
19.Beberapa helai tudung instant/selendang( depends pada yang nak pakai tudung atau tak masa kat hospital, saya insyaALLAH)
20.Majalah
21. Baju sejuk (bagi yang tak tahan dengan kesejukan aircond di wad bersalinnya)



Ahad, 16 September 2012

KARNIVAL DI MELAKA

14- 16 September ni ada lebih dari empat karnival yang berlangsung di Melaka. 
Tapi yang sempat untuk aku jejakkan kaki cuma 3 karnival ni aje. Itu pun da termengah-mengah.


Karnival Kerjaya 1 Malaysia


Karnival ini berlangsung dari pukul 10pagi- 7 petang sahaja. Semalam masa aku ke sini dalam pukul 6. Banyak juga booth yang da di tutup, rasa kecewa sangat. Sebab niat ke karnival ni nak cari peluang-peluang untuk menambah sijil-sijil yang ada. Jadi bagitau dekat en suami untuk datang lagi esok. Maksudnya hari ini bertarikh 16 September 2012. Semangat nak pergi ke karnival 10.08 pagi da terpacak dekat karnival ni, tapi sayangnya..booth yang diharapkan da buka masih lagi tutup..huhuhu..( -_-)..so berjalan-jalan dulu dalam karnival ni. Tanya pasal SKM, SLDN dan macam-macam lagi. Semalam tak jalan sangat sebab da kecewa, so ari ni sementara menunggu booth yang diharapkan buka, berjalan-jalanlah dulu dalam karnival, melawat setiap booth.
Lebih kurang dalam pukul 11 pagi, booth yang diharapkan telah pun meng'open'kan diri, so apa lagi..terkedek-kedek aku jalan ke sana, semata-mata nak daftar diri sebagai peserta kursus jahitan. Puas hati (@_@)..Lepas je daftar diri, aku pun ajak en suami balik. Sebab niat datang untuk daftar kursus tu je, jadi lelain tak menarik minat sangat.

Antara pemplet dan cenderamata yang aku dapat:




Karnival Ibu dan Bayi





Lepas pergi karnival kemahiran (lepas kecewa sebab kebanyakkan booth da tutup), aku ajak en suami ke karnival ibu dan bayi, saja-saja nak survey barang untuk baby. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli. Al maklumlah barangan bayi ni harga boleh tahan juga. Mak aku kata kalau beli barang bayi ni, boleh jejak dekat RM 500, tapi untuk anak pertama jelah. Anak kedua, ketiga dan seterusnya biasanya kurang sebab baju bayi ni boleh guna pakai sampai 2-4 keturunan (kalau anak 8 orang 8 keturunanlah jawabnya).
Yang aku tertarik cuma pada baby cloth diaper (DC). Harga bolehlah..tapi aku tak beli dulu sebab kata nak survey-survey je kan..hihihi (^_^)..



 Karnival PC


Last sekali aku berjalan ke karnival PC. Fuyoooooooooooooo...begitu ramainya orang..tak sanggup den nak masuk sebenarnya...hahaha..tapi layankan sebab en suami nak survey external. Mabuk aku dibuatnya..tapi jalan tak jalan, habis jugalah aku pusing tengok apa yang ada di karnival ni. Kalau dulu sebagai pelajar, aku suka pergi karnival pasal pc  sebab macam-macam aku cari, tapi bila da habis belajar ni, aku rasa macam tak da apa-apa kat karnival ni (-_-)..jadi jalan-jalan pusing tengok-tengok je..hehehe..


P/s: Bagus juga diorang buat banyak-bayak karnival dalam masa 3 hari. Jimat masa,jimat tenaga dan jimat kewangan...hehehe (*_*)



Sabtu, 8 September 2012

Cerita Pasal Kahwin.



Barulah berkesempatan untuk memuat naik beberapa keping gambar. Itu pun aku gabung-gabungkan. Malas nak upload 1 per 1. Hehehe..

Aku Nak kongsi cerita dan pandangan sikit. 
Walaupun baru melangkah dalam alam rumah tangga tapi saja-saja aku nak kongsikan. 

Sebenarnya menjadi seorang isteri ini bukan mudah. Pada aku proses mengenal hati budi sebelum, semasa dan selepas berumah tangga tidak sama. 

Perkahwinan itu sesuatu yang indah, jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. 
Perkahwinan bukan untuk perkara yang mana hari ini nikah esok cerai. Tetapi ia adalah suatu 
ikatan yang mengikat kita seumur hidup. 
Jika sebelum ini, segala keizinan dan dosa yang kita lakukan semuanya ditanggung oleh ayah kita, tetapi 
setelah sah sahaja lafaznya semuanya terletak pada seorang suami.

Banyak perkara yang akan berubah selepas berkahwin. Mungkin tidak bagi semua orang.
Namun bagi sesetengah orang, apabila telah bernikah, adalah satu perubahan yang 
besar bakal berlaku dalam kehidupannya. 
Antaranya:

1. Keredhaannya dalam urusan seharian kita.

* Setiap apa yang kita hendak lakukan kita perlu meminta izin atau kebenaran.

2. Penyesuaian antara satu sama lain.

* Cara berkomunikasi, perkongsian rahsia, perlakuan baik dan buruk, tabiat makan dan sebagainya

3. Pengurusan masa, tenaga dan kewangan.

* Masa yang ada terhad, bagi seorang isteri apetah lagi jika isteri tersebut adalah ibu, pelajar dan wanita berkerjaya.

4. Perubahan cara perlakuan dan percakapan.

* Setiap perkataan yang dikeluarkan atau diucapkan harusalah lebih berhati-hati kerana takut dapat menjatuhkan air muka seorang suami. Pelakuan lebih bersopan kerana menjaga air muka suaminya.

5. Cara penampilan diri.

* Adakalanya sememeh, adakalanya cantik dan adakalanya terurus dan adakalanya tidak terurus.



Walau bagaimana sekalipun, indahnya perkahwinan dan mulianya perkahwinan tersebut kita dan pasangan kita yang mencorakkannya. Dan yang paling penting sentiasa berdoa semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke SYURGA. Yang paling penting jika SOLAT itu sebagai TIANG AGAMA, maka, SOLAT juga layak untuk menjadi tiang yang KUKUH bagi sesebuah perkahwinan.

Betul Tak???







 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design