Khamis, 15 Disember 2011

FINAL PAPER SCHEDULE..

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR:

ENGLISH PAPER

SUBJEK  :   UHB 3022
TARIKH  :   5 Januari 2012
MASA     :   9.00 - 10.30 pagi
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Dr Ismail

SUBJEK  :   UHB 3042
TARIKH  :   5 Januari 2012
MASA     :   2.30 - 4.30 petang
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Razak


SUBJEK  :   UHB 3032
TARIKH  :   5 Januari 2012
MASA     :   2.30-4.30 petang
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Hussien Onn

SUBJEK PENDIDIKAN

SUBJEK  :   SPL 4222 ( Prinsip Pengeluaran Penternakan )
TARIKH  :   3 Januari 2012
MASA     :   9.00 - 11.00 pagi
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Dr Ismail

SUBJEK  :   SPP 4052 ( Sosiologi dan Profesionalisme dalam Pendidikan )
TARIKH  :   8 Januari 2012
MASA     :   9.00 - 11.00 pagi
TEMPAT :   Dewan Sultan Iskandar

SUBJEK  :   SPE 4052 ( Organisasi Pengurusan Bengkel )
TARIKH  :   12 Januari 2012
MASA     :   9.00 - 11.00 pagi
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Hussien Onn

SUBJEK  :   SPL 4102 (Teknologi Pemprosesan Makanan)
TARIKH  :   15 Januari 2012
MASA     :   2.30-4.30 petang
TEMPAT :   Dewan Serbaguna Kolej Tun Hussien Onn


Jadual Peperiksaan telah keluar (final), maksudnya tinggal lagi 2 minggu untuk study siapkan segala macam assignment yang tertangguh dan PSM.
Ada juga paper yang aku tak de final. Contohnya subjek REKACIPTA, tapi ada presentation produk yang kita buat. Fuhhh..lagi mencabar minda aku rasanya. Yela projek kumpulan kami ini, biasa-biasa je,segan kowt nak wat presentation depan orang-orang bijak pandai. Kemudian ASAS PNEUMATIK DAN HIDRAULIK. Yang ini pun tidak ada final paper. Cuma ada FINAL AMALI DENGAN FINAL TEORI.

Sumber : MR GOOGLES

Macammana aku tak stress, semuanya sudah tiba peak time.hahaha. Masa 24 jam umpama 2.4 minit (dasat2). Berbalik pada rekacipta, presentation akan dilakukan semasa cuti study week. Okey tempat aku belajar cuti study week cuma 4 hari sahaja bermula dari 29-12-2011 hingga 1-1-2012. Jadi permulaan cuti study week tersebutla presentation bagi REKACIPTA dilakukan. Bertempat di CSI. First time aku dengar, otak aku terus proses CSI= Crime Scene Investigation ala yang cerita pasal penyiasatan jenayah tu. Tapi rupa-rupanya Centre For Student Innovation (KTC). Ahaks!padan muka aku. 4 tahun duduk di UTM tak tahu pasal tempat ini. Memang macam katak bawah cawan.HAAHHAHA..

Bagi subjek ASAS PNEUMATIK DAN HIDRAULIK exam da start next week (21-12-2011). Dekat bawah Masjid Sultan Ismail jam 8.00-9.30 malam. Memang BESTTTTTT!!!! Itu baru ujian teoritikal. Yang ujian amalinya pula pada 27-12- 2011 jam 8.15 -11.15 pagi. Terbahagi kepada 2 sesi. Terpaksa bahagi kepada 2 sesi sebab kelas aku ramai, peralatan tidak mencukupi. Tetapi yang bestnya berkumpulan. satu kumpulan 3 orang. Kumpulan aku terdiri daripada aku, ida dan eliya. Weeeeeeee

Mr Googles



 Layan lagu ini kejapnye. Buat-buat Hilang stress yang berat sebab-sebab semuanya:







P/s : Do More than Believe = PRACTICE!!

Rabu, 14 Disember 2011

Isnin, 12 Disember 2011

Seronoknyeeeeeeeeeee TESSSTTT!!!!

Sumber Mr Googles

Test aplikasi memang seronok sangat. Pemikiran aras tinggi. Serius aku rasa tercengang sekejap. Okey2 soalan yang pertama tu confirmlah aku blurr kejap. Soalan yang kedua tu, Alhamdulilah aku dapat jawab. Cuma betul atau salah jawapnya aku tak pasti, yang penting YAKIN. Selesai aku menjawab soalan no 2, aku berbalik semula untuk menjawab soalan no 1. Duduk diam-diam, tengok kiri, tengok kanan, apa lagi senyumla sorang-sorang sambil menjawab. Duk goyang-goyang kaki sambil mengharap yang jawapan tu akan datang sambil bergoyang-goyang..HAMEKO. Helo..helo..mana adalah jawapan datang bergoyang-goyang kalau ko goyang kat kaki.Hehehe.

PADAN MUKA HANG! Itula ayat pertama yang aku bagi pada diri aku. 2 hari masa yang ada aku g wat aktiviti ntah pape je, tapi seronoklah..paling tidak aku dapat hilangkan stress aku.habis kad kahwin menjadi mangsa aku.hihihi.

Sesaja sahaja

Hari Jumaat aku sibuk mengemas bilik yang da macam tongkang tak reti nak pecah tu. Sapu sampah, basuh baju, lap meja dan so on la. Siap semua aku mengadap buku untuk PSM laptop sekalila. Sehelai muka surat aku baca, aku jeling-jeling kat FB aku. Kot-kotla ada berita terhangat dipasaran. Kali ini aku buat kajian berkaitan dengan AUTISME. Lari dari bidang asal aku iaitu Teknik dan Vokasional. Aku minat nak kaji tentang budak-budak autisme ni. Pada aku diorang ni unik. Ramai lagi yang tak sedar atau kurang tahu mengenai AUTISME. Nanti ada masa aku update entri pasal AUTISME. Setiap hari ahad aku sudah ada temujanji ke KL. UKM destinasi yang aku tuju. Kelas berkaitan dengan AUTISME anjuran Dr Hasnah Toran menarik minat aku untuk mempelajari tentang AUTISME. Walau bagaimana pun, aku tak dapat nak ikuti kelas dia setiap minggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Antaranya kekangan masa. Test dan pelbagai dugaan dan cabaran lain. Yang mana aku berkesempatan aku ikut. Esoknya test, Ahadnya ada kelas kat UKM, jadi apa yang aku boleh buat adalah kurangkan masa tidur aku dan study. Sepanjang perjalanan aku ke sana, kertas nota tu tak lekang dari tangan aku. Paling best aku baca sampai tertidur. Nasib baikla aku tak mimpi apa yang aku baca. Kalau mimpi, gerenti aku skor gila-gila lah dalam test tadi. Tetapi apa-apa hal sekali pun aku tetap bersyukur sebab aku masih dapat menjawab test tadi. Yang paling penting semester ini adalah semester TAWAKAL bagi aku. Usaha dan terus berusaha dengan semangat yang membara dalam menyiapkan segala tugasan dan cabaran serta dugaan yang mendatang.

Layan Lagu kejap:












From Mr Affendi 2011 : Our Attitude will determine our Altitude


Jumaat, 9 Disember 2011

Teguran Kamu, Saya dan Dia

 
Sumber Mr Googles
Dalam bulan ini, pelbagai ragam dan karenah yang aku belajar dan lihat. Tidak dapat dinafikan ragam yang aku lihat dan, karenah yang aku hadapi adalah ujian Yang Maha Esa berikan pada aku. Menyedarkan aku tentang sesuatu perkara yang aku lupa dan mungkin tidak aku sedari. Aku belajar mengenal siapa,kenapa dan mengapa. Belajar mendidik hati menjadi sabar dan redha dengan ujian ini. Yang paling penting belajar bersyukur dengan ujian yang telah diberikan. Dalam kebaikan itu juga ada ujian. Panjang pula aku membebel. Sebenarnya kali ini aku nak berkongsi tentang cara untuk menegur. Mungkin ini tajuk yang biasa tetapi dari pemerhatian yang aku lakukan sukar hendak mencari orang yang dapat mempraktikkan teguran yang berhikmah. Teguran secara belakang; sindiran,kutukan,kejian,makian dan so on, teguran secara berdepan pula bila dikhalayak ramai dan difokuskan pada yang hendak ditegur. Kalau secara rambang maksudnya siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Seelok-eloknya tegurlah kesalahan yang dilakukan bila kita berhadapan atau berdua sahaja dengan individu yang kita hendak tegur. Walau macam mana baik pun niat kita, teguran yang kita lakukan kepadanya dihadapan orang ramai akan menjatuhkan maruah dia. Cuba letakkan diri kamu dalam keadaan individu tersebut? Apa perasaan kamu? Bengangkan. Itu adalah tindakan refleks yang kita lakukan. Mungkin kita akan mendiamkan diri? Tersenyum atau terus pergi je dari keadaan tu. Kalau yang menegur tu adalah rakan sebaya, adik beradik mungkin boleh kita lakukan. (agak kurang sopan bila kita tetiba beredar). Tetapi jika yang melakukan teguran itu adalah orang yang lebih tua dan orang yang kita hormat dan orang yang berilmu (tahap kematangan dan ketinggian ilmu melebihi aku). Apa yang kita lakukan? Boleh ke kita pergi macam tu sahaja. Aku bukan seorang individu yang petah atau mahir dalam agama dan aku juga ada melakukan kesalahan. Tetapi aku tidak dapat menahan hati aku dan diri aku dari memperkatakan soal ini. Islam itu indah. Pelbagai perkara diambil kira oleh Islam. Tetapi selalunya kita akan lupa tentang perkara yang digariskan oleh Islam. Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah,
PERTAMA : TIDAK MERENDAHKAN EGO ORANG YANG DITEGUR:
Maksudnya (dari sisi pandangan dan kefahaman aku) jangan sesekali kita menegur kesalahan yang dilakukan oleh suami/isteri rakan, sahabat, ibu bapa, guru, anak murid dan sesiapa sahaja dihadapan orang ramai (khalayak ramai). Ia bukan sahaja menyebabkan individu tersebut bengang tetapi dalam masa yang menjatuhkan maruah dia. Sebagai contoh, seorang guru pembimbing menegur konsep pengajaran tentang tajuk yang anda ajar itu salah dihadapan pelajar-pelajar anda. Apa perasaan anda? Malu? Apa pandangan pelajar anda terhadap anda? Kan lebih elok setelah selesai mengajar, guru pembimbing tersebut memanggil anda dan menerangkan tentang kesalahan yang anda lakukan dan membimbing anda. Maniskan?
KEDUA :  MENCARI WAKTU YANG SESUAI.
Maksudnya, jangan sesekali kita tegur jika rakan, sahabat, ibu bapa, guru, anak murid dan so on sedang berada dalam keadaan tertekan atau sedih atau marah. Bukan apa, silap hari bulan makan sumpah seranah, makan penampar atau sepak terajang (melampau!). Mungkin anda boleh menegur meraka semasa kamu tengah berbual-bual, masukan kata-kata yang tersirat. Sebagai contohnya semasa kamu sedang berborak-borak tetiba lalu seorang rakan kamu yang dahulunya seorang yang free hair dan sekarang telah menutup aurat. Comel je aku tengok A nh. Aku sedang bayangkan kalau kamu pun memakai tudung seperti dia mesti lagi comel.(sesuai ke tak contoh nh aku tak sure) hehehe..
KETIGA : MEMAHAMI KEDUDUKAN ORANG YANG DITEGUR
Maksudnya janganla ko main hentam je. Sebelum tegur, fahami keadaan nya dulu. Ni tak, ko tegur macam ko rasa diri ko tu bagus sangat. Da baik sangat. Jangan lupa tiada manusia yang sempurna dalam kehidupan ni. Contohnya sebelum ini, dia tak pernah buat perkara seperti itu, tetiba dia buat. Dengar dahulu alasannya sebelum kamu menasihatkannya. Walau apapun yang dia lakukan itu tetap salah. Tak salah kita mendengar sebelum menasihat atau menegur. 
Akhir kata dari saya, sepotong kata-kata dari IMAM SYAFIE:
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."
 "Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

 LIHAT...DENGAR...PERHATI...NASIHAT..


PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : Teguran itu sesuatu yang indah jika dilakukan secara berhikmah ( wansya, 2011)



wawasyazwani.blogspot.com

Selasa, 6 Disember 2011

UKM Autism Parent Education Class


Salam..teman nak kongsi ye kalau2 blh dipanjangkan info ni.TQ..utk mmbantu sesiapa yg inginkan ilmu2 sebegini.sebarkan. TQVM..

UKM Autism Parent Education Class
4 Dis 2011: Overview of Autism, Planning Strategies (Dr Hasnah Toran)
11 Dis 2011: Sensory Integration (Ms Teo)
18 Dis 2011: Rawatan perubatan untuk Autisma (Dr Azlin, HUKM)
7 Jan 2012: Strategi Komunikasi (Pn Shahrina Zawawi, HUKM)

Semua kelas bertempat di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Jam 9-12.30tgh. RM20 seorang, RM30 per couple.
Dewan kuliah yg besar.

Childcare disediakan tapi perlu ditempah,
first come, first served,
tempat adalah terhad utk childcare.
Sila emel maklumat anak ke
makmalautisma@yahoo.com
untuk menempah childcare dan kehadiran anda.

Guru-guru dan pembantu guru dialu-alukan.
wawasyazwani.blogspot.com
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design