Selasa, 11 Oktober 2011

Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..



Sabtu, 8 Oktober 2011

Bapak Durjana!

wawasyazwani.blogspot.com

SUMBER 
(SILA KLIK UNTUK BESARKAN BACAAN)
Sentap jantung aku baca berita ni. Di mana la letaknya akal BAPAK budak nh? Apa tak dapat nak fikir dengan lebih WARAS? Kalau aku jumpa dengan bapak budak ni mahu tak aku lempang laju-laju tahap dewa. Gila sakit mental. Hello pak cik berapa hari je kot isteri awak tu berpantang. Bersabarla sikit. Awak ingat bersalin tu tak sakit. Nak layan karenah awak. Please lah give and take dalam hubungan tu. Jangan bertuankan nafsu. Banyak lagi cara nak tundukkan nasfu tu..puasa, solat, atau watla aktiviti pape yang membolehkan kita melupakan seketika..44 hari je pun..HUH!


Pantang betul aku kanak-kanak yang tak tahu apa-apa dibuat seperti itu. TRAUMA BEB!!.. Organ-organ belum lagi kuat untuk menerima apa-apa tekanan. Usia baru 23 hari, nak angkat pun kena berhati-hati. Lagi da kena liwat. Kalau berlaku pendarahan dalaman macam mana? Siapa nak bertanggungjawab? Manalah perginya sikap kasih sayang dalam diri seorang bapa? MANA..MANA..


Pesanan akhir: Dunia semakin ke penghujungnya, sehinggakan nafsu yang memandu kewarasan akal. Renungkanlah.



Gaji Naik Tapi Prestasi Turun Gitu??

wawasyazwani.blogspot.com

2011/10/08

KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.

Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.
Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.
Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.
Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.

Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.

Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.
Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.

Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.

KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.

Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
(Sumber)


Komen Aku:

Gaji guru meningkat..ALHAMDULILAH syukur aku ke hadrat Ilahi. Tapi dengan kenaikan gaji guru yang boleh dikatakan memang MANTOPPPPSS abes, aku harap guru-guru lebih bermotivasi untuk mendidik. Ingat tugas kita ini bukan hanya mengajar. Kalau tugas kita hanya setakat untuk mengajar baik tak yah naikkan gaji guru..MEMBAZIAQ..
Pesanan aku sebelum korang abes membaca "Jangan terasa atau makan cili tetiba sebab aku sekali gus mengingatkan diri aku."

Okey..

Khamis, 6 Oktober 2011

PESANAN BUAT KAUM ADAM

Pesanan Buat Suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutam...a isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Lihat seterusnya..


Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim

Rabu, 5 Oktober 2011

Setart menaip..

Assalamualaikum sahabat-sahabat..rakan-rakan..

Lama sungguh aku tak mengemaskini blog aku. Banyak sangat perkara yang berlaku semester ini. Sibuk menguruskan jadual waktu. Supaya hari Jumaat tiada kelas petang kerana dan hoyyehhh aku sudah berjaya.
Setiap hari khamis bermula dari pukul 11 pagi aku tiada kelas sehinggalah hari Isnin jam 8 pagi. Penukaran waktu pembelajaran rekacipta berjaya kerana kelas aku majoriti adalah perempuan. dan sebelum tu memang ada kelas di N30. Alhamdulilah..Jumaat aku boleh mengadap PSM pula ( ye ke??)

Sebelum tukar REKACIPTA kepada hari SELASA


Semester ini aku bawa cuma 15 kredit. Nak kata banyak takla juga. Cuma semester ini aku ada subjek yang agak banyak kerja contohnya

1. Perladangan
2. Rekacipta
3. Projek Sarjana Muda 1.

Ini semua projek yang menggunakan masa yang banyak untuk mengadap. FUH!..tapi aku tetap bersyukur..sesibuk mana pun aku..aku masih ada masa untuk makan, berjalan dan bermain internet (facebookla)..


1. PERLADANGAN

Perladangan ini memerlukan aku pada semester ini (macam terbalik je baca?). Subjek ladang kali ini aku kena menternak ayam..mak aiii..aku ingat senang je nak jaga anak ayam. Sekali susah da. Aper cer orang kata senang. Pepagi sudah kena ganti alas a.k.a cadar tempat anak-anak ayam tidur. Kemudian aku kena pastikan makanan ayam tersebut ada dan mencukupi sehingga petang. Tengahari pula aku kena pastikan anak-anak ayam masih ada makanan dan ganti alas. Petang pula macam biasa, ganti alas, bagi makan dan minum.
Aku ni udah la penggeli orangnya. Dulu masa aku zaman kanak-kanak aku paling anti betul dengan tahi ayam. Pantang ada ayam yang berak dalam kawasan rumah aku memang siapla ayam tue aku kejar sampai tak cukup tanah diorang lari (zalim sungguh). Tak sangka pula bila da masuk Universiti ni kena bergelumang dengan anak-anak ayam. Ada masa aku story anak ayam jenis ape yang aku kena jaga sampai begitu cerewet. Anak-anak ayam aku da ada nama kumpulan iaitu "HAPPY FEET" sebab, diorang ni perangai macam mak-mak angkat diorang. Mulut tak geti diam. Mana tidaknya setiap kali mak-mak angkat diorang datang, macam tak pernah jumpa walhal setiap hari berjumpa..ececeeehhh..Tapi seriusly aku enjoy belajar subjek ni. Kalau tak jumpa sehari rindunya macam setahun tak jumpa..hahaha Boleh gitu nyeee...




2. REKACIPTA


Antara subjek yang paling aku minati sebab, aku memang suka berangan atau berimaginasi tentang sesuatu perkara. Semester ini, bukan Puan Fadillah yang mengajar kami tetapi Dr Dzulkifli yang mengajar. Seronok dengar dia mengajar. Idea, penerangan beliau memang MANTOPPPP!!!..tapi satu jela kalau beliau bercakap memang tak berhenti macam beri ceramah.. tapi SYIOKKK woooo.

Semester ini kami diberi tajuk berkaitan dengan GREEN TECHNOLOGY. Apa itu green technology?? Ada sesiapa tahu? Okey saya akan cerita pada post yang akan datang. Untuk wat projek rekacipta ini, kami kena bentuk kumpulan. satu kumpulan ahlinya 4 orang. Antara ahli-ahli yang ada dalam kumpulan aku adalah

1. Siti Hajar Binti Mohd Amin ( Ketua)
2. Farafadillah Binti Mohd Hussin
3. Azliani Binti Abdullah
4. Aku sendiri.

Subjek inilah yang tetiba je muncul pada hari Jumaat petang. 2 minggu aku ambil masa untuk arrange jadual suapaya kelas Jumaat petang dapat dianjakkan pada hari Selasa Petang. Jadi pada hari selasa petang akunya kelas start dari pukul 8 pagi sehinggalah pada pukul 5 petang. Minggu ini da kena start bentang sketching tentang projek yang kami nak buat. Setiap kumpulan kena bentang sketching diorang pada Dr Dzul tadi, jadi sekirannya satu kumpulan mengambil masa lebih kurang dalam 1/2- 1 jam, aku anggarkan kumpulan aku next week. Lagi pula aku tak sempat nak buat sketching.


3. PROJEK SARJANA MUDA 1.


Hah!ini subjek sangat menakutkan aku. Satu semester ini aku kena bercinta dengan subjek ini. PSM ini sama je dengan FYP (Final Year Project) cuma dekat UTM ni, diorang panggil PSM (nama melayu).hehehe. Tajuk yang aku nak buat kajian ni agak komplikated la sikit. Tapi aku tak kisah sebab aku minat dengan tajuk ini. Mula-mula aku tak nampak gak apa yang perlu aku buat tapi setelah berbincang dengan 3 orang pensyarah ; 1 Penyelia aku, 2 orang penyelia tidak rasmi, barula aku nampak ke mana aku nak tuju. Aku kena buat secara kualitatif bukan kuantitatif. Macam tak logik pula rasanya, tapi orang kata kalau da minat susah macam mana sekalipun kita tetap akan berusaha. Betul tak??

Sebenarnya kalau diikutkan kualitatif ini agak sukar untuk kita lakukan tetapi sebab responden aku tidak ramai jadi aku perlu lakukan dengan secepat mungkin. Aku perlu cari lebih kurang dalam 3-5 orang responden yag ada autisme dan sekarang berada di IPTA. Salah satunya adik aku sebagai responden tapi lagi 2-4 orang tu manalah aku nak kebak ea??. Tak pe la aku akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari maklumat yang sepatutnya.


Buat setakat ini, ini jela dulunye..
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design