Khamis, 31 Mac 2011

Bercerai Lagik??

wawasyazwani.blogspot.com

Kenapa berlaku penceraian atau masalah setelah hidup bersama sebagai suami isteri? Adakah wanita tersebut dianiaya atau teraniaya disebabkan perangai suami yang tidak bertangungjawab? Kebanyakan masalah yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita itu sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing tidak tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama lain.

1. Beli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab seorang suami? Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli makan dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil mana pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan anak-anaknya. Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak ansur, kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya). Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami akan cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja untuk anda pikul. Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun, berkelakuan seperti itu anda jangan membebel kemudian hari dengan bercerita ke sana ke sini , kononnya segala pengorbanan anda kepada suami selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi jangan bising, pikul saja. Sebab anda yang nak berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan entah apa-apa lagi!
komen aku:kalau sebelum kahwin beli tak pelah..bukan apa itu untuk pelaburan masa hadapan..buatnya si laki nh tinggalkan die terkontang kanting macamne? tapi jangan pula kita duk menetap kat umah umah yang kita beli..buatlah rumah sewa..paling tidak income masuk gak bulan-bulan.
2. Anda mesti bersedia menerima segala-galanya ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar kuning setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak, maka anda jangan membantah, anda telan semua yang suami anda beli walaupun tercekik sebab tak berselera. Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap, makan di tempat kerja. Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain murahan, hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai. Jangan nak tunjuk kemewahan anda.
komen aku:ini aku setuju..yelah apa salah korang menghargai apa pemberian dia..bukan orang lain yang bagi..laki sendiri ma..ingat senang ke??
 
3. Jangan sekali-kali menghalang suami anda menanggung ahli keluarganya. Itu adalah menjadi tanggungjawabnya. Biarkan dia berhabis untuk keluarganya, dan anda tidak perlu menghulurkan wang untuk membantunya. Biar dia uruskan sendiri. Kalau dia tak ada duit untuk anak-anaknya biarkan dia mencari jalan keluar sendiri. Bagaimanapun sebaik-baiknya anda nasihatkan dia supaya dia dapat memastikan dalam rumah tangga telah disempurnakan terlebih dahulu terutama tanggungjawabnya kepada anak-anak.
komen aku:betul dan tepat sekali.Lelaki tanggungjawab pada ibu dia tapi kalau da masuk bab nak tolong adik beradik sampai diri sendiri dan ahli keluarga tercekik..ni da kes melampau. Tapi yang pasti jangan cepat melenting..ibu-ibu atau anak-anak yang ada masalah macam ni, silalah nasihat secara berhikmah.
4. Kalau anda hendak mencari pembantu rumah, anda uruskan sendiri, anda bayarlah gajinya. Kerana pembantu rumah itulah yang banyak mengambil tanggungjawab dan tugas yang sepatutnya anda lakukan di rumah. Kerana anda bekerja demi masa depan anda.
komen aku:kalauboleh elak, elakkan..takut silap haribulan mengambang laki sendiri kena kebas..huahuahua..da semua tanggungjawab si pembantu nh amek...
 
5. Jangan sekali-kali anda cuba merampas tanggungjawab suami ketika dia mahu meneruskan pelajarannya. Kerana anda harus ingat anda bukannya bank atau PTPTN. Dia boleh belajar, tetapi ingat, tanggungjawabnya terhadap keluarga mesti didahulukan. Jangan pula kerana kesian, cinta dan sayang konon anda biarkan dia sambung belajar, dan anda ambil alih tugas mengurus keluarga. Kalau anda masih hendak menunjukkan simpati anda terhadap suami tercinta, lima atau sepuluh tahun kemudian anda jangan sekali-kali pergi ke rumah emak mengadu anda sudah jadi mangsa, suami tinggalkan anda atau bertemu kekasih baru di kampus dan nak minta izin kepada anda untuk kahwin lagi.
komen aku:tak pe kalau nak sambung tapi pastikan adakan perjanjian atau contract ngan peguam..hehehe (dasat gile).

6. Jangan sekali-kali lagi cuba hendak memperbaiki diri suami anda. Contohnya, kerana anda malu pangkat atau gaji suami rendah maka anda berusaha malah menggalakkan dia jadi usahawan. Sebab masalahnya nanti anda juga yang akan kecewa. Sebab pertama kerana anda yang terpaksa bergadai bergolok, malah mengeluarkan wang simpanan anda untuk diberikan kepada suami supaya dijadikan modal dia berniaga. Masalah besar yang bakal anda tempuhi nanti jika dia gagal dalam perniagaan kerana tidak cukup pengalaman dan kurang berminat berniaga maka hidup anda akan dibebani hutang bukan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit dan anda akan menyesal sepanjang hayat. Tetapi kalau suami anda berjaya dalam perniagaan dan menjadi usahawan berjaya walaupun tak setaraf Tan Sri Tajudin Ramli mahupun Tan Sri Halim Saad, maka dia akan jadi orang yang terkejut beruk, sebab jadi kaya tak semena-mena, maka corak hidupnya akan bertukar, dan anda jangan bersedih, meratap dan menangis apalagi kalau dia tak balik ke rumah, sebab dah ada orang kedua dan dia akan minta izin anda untuk kahwin seorang lagi.
komen aku:kalau da tahu malu nape dulu pilih dia jadi laki?kan terang2 dalam agama ada menyatakan pilihlah yang sekufu atau setaraf...hadoyai..kalau ko da pilih dia maksudnya ko kenalah terima dia seadanya..tapi tak salah kalau kita cakap atau nasihat dia suh upgrade kehidupan dia..ngehngehngeh
 
7. Jangan sekali-kali buat joint akaun. Anda hendaklah sentiasa ingat hari tua anda. Sebab banyak terjadi seorang asyik menyimpan sementara seorang lagi asyik berbelanja, ataupun menabung untuk kekayaan dirinya sendiri. Siapa tau! Bila terjadi satu-satu hal duit dalam bank anda tinggal kosong, anda sendiri gigit jari. Dah banyak terjadi ini bukan benda baru, jadi sayangi diri sendiri supaya tidak kesal kemudian hari. Setiap insan ada tanggungjawab masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Kalau salah seorang daripada kita melanggarnya, samalah macam kita merosakkan alam sekitar. Musibah pasti akan menimpa. Jadi, jangan menyesal di belakang hari dan menganggap diri sebagai mangsa, sebab yang salah adalah diri anda sendiri.''
komen aku:hahaha..paling tepat..kalau nak sangat wat akaun bersama boleh..tak yah melabur biar dia sorang yang melabur..amacam??ko melaburla dalam akaun ko sendiri..agak-agak dia macam tak setuju je..ko wat perjanjian yang mana ko boleh melabur tapi buku akaun dengan kad ATM ko yang pegang (amacam ada berani??)

KorEa!!!!

wawasyazwani.blogspot.com

Tetiba aku terlintas pasal korea..Best apa kalau dapat g korea..yelah korang ingat senang2 ke nak melancong ke luar tanpa keluar budget??susahkan..hehehe...saja je..aku pun bukan senang nak senang..(huh!tiada kaitan sungguh)..

Terpukau aku dengan lagu girl generation sebenarnya..comel beno diorang ni menari..sama saiz je  semua...tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada..comel ke tidak, cantik ke tidak tu semua terpulang pada diri sendiri..yelah ada orang suka kata, "kan bagus kalau aku pun cantik macam dia.." aku tak suka sebenarnya ayat macam tu..bukan apa..dulu aku selalu sebut ayat macam tua..tetiba ada sorang kawan aku sound aku "wey!ko nh tak bersyukur dengan apa yang ada..Allah marah tau..setiap insan ada kecantikannya tersendiri..wat apelah ko nak jadi cantik sangat2..esok2 bila da cantik ko lupakan DIRINYA..cantikkan dulu diri ko pada pandanganNya..dari sibuk nak jadi cantik dari pandangan mata manusia...blaa...bla...bla..." dalam hati aku kata "minah nh kalau bab2 nak berceramah aku boleh pas kat dia...huahuahua"..aku senyum jelah..senyuman kambing yang comel nampakkan gigi 2 batang...(ada ke??)

Tapikan memang seyes kecomelan penyanyi dan pelakon korea..Bila tengok diorang menari rasa nak menari sama..hehehe..tapi kalau aku yang menari bergegar satu bangunan, rasa macam ada raksasa tengah layan disko..(fuh!dasat sungguh)...muahahaha...

Aku tak delah tahu sangat pasal penyanyi-penyanyi atau pelakon korea..tapi yang pasti aku tahu kumpulan Girls Generation nh kalau menari bergegar urat punggung aku nak menari sama..hehehe..tapi bak kata aku..akan kau rasa seperti raksasa tengah melayan disko...muahahaha...

girls generation

Rabu, 30 Mac 2011

Timeless..Why???

wawasyazwani.blogspot.com

sahabat yg setia.....

wawasyazwani.blogspot.com

bila awk sepi,
ingatlah dekat kita...
bila awak sunyi carilah kita...
bila awak rindu,
kita kan ada...
kalau awak sedih,
kita boleh buat awak gembira......
tapi.....
kalau awak dah bahagia.....
awak jangan lupa dekat kita yer!!!
kerana....
kite tidak pernah lupakan awak tau!!!!


oleh Norfatin Afiqah pada pada 01hb November 2010 pukul 9.56 ptg

liku-liku kehidupan.....

wawasyazwani.blogspot.com

Dalam mencari erti kedewasaan kita lalui kehidupan penuh erti& realiti.
Mencari nur di celah-celah perjalanan...
Hidup memag senang , tetapi untuk berkhidmat dalam hidup amat payah!!!!
Barangkali kita berjaya,
Barangkali kita gagal..
Tetapi....
Kalau ada yang berjaya,pasti ada yang gagal...
Kalau ada yang gembira ,pasti ada yang bersedih.........


oleh Norfatin Afiqah pada pada 01hb November 2010 pukul 10.01 ptg

hate it !

hate it when i'm still remind our special moment.
the moment that went away,
thinking of what we always do.
thinking of what u always say.
thinking of what u always laugh on.
thinking of ur smile,
thinking of ur eyes,
thinking of ur stupid jokes,
now?
i'm down.
ur not around like u always do.
i'm not the special one to u like u've said before.
what? i just know it okehh.
so, i hate it.
but, still, i dun hate u.
:(


By Izzah Farhani pada pada 29hb November 2010 pukul 10.03 pagi
(soryy izzah cikgu tak igt address blog awak)

Ikhlas ker??

Ikhlas ke??
Apesal plak aku wat tajuk nh?? 
aku pun tak tahu..tapi tetiba sebenarnya.
.tetiba aku teringat akan kata-kata warden asmara eH..
asrama aku dulu..keikhlas datang dari keterpaksaan..
sampai sekarang aku fikirkan...
boleh ker ikhlas tu datang dari keterpaksaan..???
sapa2 ada jawapan atau pandangan silalah beri..huhuhu..
conpius sampai bertahun-tahun...

iDEA..oWH IdEA...Eh! Cek NaB !!!

aish...kenapalah setiap kali aku berjalan2...idea nak menulis melunggun-lunggun dalam kepala otak..tapi bile nak menaip je..tetiba aku jadi hitam putih...blurrr je..macam orang kena pukau...payah tol..hahaha...


siapa tahu ini??angkat tangan..hehehe

Nasib baik aku da bangun dari tido..al maklumlah dah tua-tua nh (ngaku kejap)...pas kelas je mesti nak membuta eh silap2..menipu mata (ayat sopan sket)..hehhee..dalam kul 3.30 cek mek msg aku..begini situasinya:

cek mek: ko kat mane?
aku: kat bilik, nape??
cek mek: arnab aku da gila ****...jom pi ladang wat sangkar..
aku: sekarang ke?
cek mek:yup
aku:kul 4 ea, ada keje sket.
cek mek: k..

***********dengan berbasikal dan mengendong kotak cek mek ke blok aku..memang janji omputih ler..4 tepat ada terconggok da..huh!aku ga yang lambat****************

cek mek: aku tak tahu le..meroyan da kot arnab nh..asyik dok cekau2 kertas..stress aku dibuatnya..
aku: ko nak cari sangkar ke??
cek mek:mahal ke?

dari taman universiti aku drive ke giant..sebab sangkar-sangkar yang ada kat taman U tu tak macam sangkar kucing pun..macam sangkar tikus adalah..kalau tikus2 sangkarnya comel2..nh untuk moyang tikus mondok kowt..gedabak semacam je...mahal lak tue..tak berbaloi..tak berbaloi...

Tiba kat giant terus pergi ke Pet World..yang ada di tingkat atas.....si bobo(nama arnab cek mek) kami tinggalkan je dalam kereta...nasib ko le nye..asyik meroyan semacam je...(ke merayam??)hikhikhik...
Pusing-pusing..2 kali pusing tetiba..jeng-jeng...hehehe..pink jugak..nasiblah badan..nama je jantan tapi sangkar warna pink..peduli ke??ada ke aku kesah???hahaha...yang penting aku tak stress, cek mek tak stress..ko stress aku tak kesah...muahahhaa...."bang, satu ni berapa?" "harga rm68, paling kurang abang boleh bagi rm55 last deal dik.".."ala 55 ke bang?,mahal la...50 boleh??".."50?hmm".."54.99".."satu sen je..ish kede tul la abg nh, 51?..satu je da tinggal nh..kalau dapat saya beli..kalau tak, tak pelah abg simpanla balik kat atas tu"...saje2 mane tahu mengena..hihihi.."okeylah..53..boleh?".."okey boleh"...

Selesai membayar terus ke ladang..melawat tapak projek (hampagas tol)..bile plak ada aku ada company???
Nak pergi bagi air kat pokok2 yang aku tanam...nak suh diorang pergi kedai sendiri jangan haraplah..kaki je harap ada tapi pemalas nak berjalan tapikan klu tetiba diorang berjalan-jalan sendiri cari air macammana ea??seram je...sila abaikan...huahuahua...

Sementara aku dan cek mek tu memberikan minuman kepada "diorang-diorang" semua...si bobo tue cek mek sorang lagi ajak berjalan-jalan..wah!!!bukan main excited lagi..mmg macam hampagas..dalam kereta dan bilik bukan main memberontak..bila ke dunia luar mengedik semacam..tak pe sekali sekala...selesai menyirap..suruh le si bobo ni masuk dalam sangkar..liat semacam!!!naseb baik ko binatang..kalau tak aku da babap da..nakal sangat..da setle semuanya..aku dan cek mek-cek mek mendrive semula ke kawasan penempatan kami (hampes..cakap jelah balik kolej semula kan senang)..hahaha..
p/s:  itula kisah si bobo (ada kaitan ker??????)..




Ahad, 27 Mac 2011

SayaBudakBaruBelajar...

1/11 Acara mengisi air dalam botol..

2/11 Acara membawa kawan melintas jalan

3/11 Baling belon air kepada kawan belakang

4/11 Cik Rehan kata: Okey ida aku dapat..yeah!

5/11 Cik Ika kata:siap kalian semua..Oya kata: laaariiii kawan2..

6/11  Balik ni da tak payah pakai bedak sejuk lagi daaa...hahhaa

7/11  Adikkk...jangan!!!
8/11 Ada aku kesah??hahhaa...bersiap sedialah...muahahha


9/11 Plezz...

10/11 Huh! hampagas btol dak kecik nh..hahhaa

11/11 Puteri-puteri SPH..
wawasyazwani.blogspot.com

SayaBudakBaruBelajar...

1/8

2/8

3/8

4/8

5/8

6/8

7/8

8/8
wawasyazwani.blogspot.com

Cik Epal Contest

wawasyazwani.blogspot.com
 




SAYA MEMBACA BLOG CIK EPAL KERANA blog cik epal santai dan ringkas..
tetapi padat..

saya tahu anda kreatif silalah join nye:


tengkiu..cik epal saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya..
(0,<)

Tetiba..

wawasyazwani.blogspot.com



Bestnya...
tetiba rasa teringin nak makan kek...
hadoyai..ada sapa2 yang nak sponsor???
wuhuuuuu..
 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design