Isnin, 30 Ogos 2010

Bila aku geram...



nh muka aku bila tiba ari isnin..hahaha...stress nak g sekolah...nak bgn tido..nak ngadap muka2 pelajar yang baik budi..hohoho
Rutin harian:

kul 6.40 pg je aku da kelam kabut...harap je bgn awal..tapi hampeh!..tetap nak g kul 6.40...sebelum tido selalu gtau kat mak...esk nak g sekolah awal..kul 6.30pg...tpi bile tiba masanya..kul 6.40 gak aku bertolak...hohoho....da tue apa lagi...vroomm...vroom..vroommm....pecut jgn tak pecut...janji leh cepat sampai..(opss!!!kwn2 yg lain dilarang meniru aksi2ku...hanya pemandu yang terlatih sahaja)..ececeh...

Tiba di sekolah....
datang ngan senyuman...buang semua sifat malas aku...kononya..hohoho(aish cekgu apakah ini)...





tapi bila nak masuk satu kelas nh...hohoho
nh ler muka aku....adoyai!

STRESS!STRESS!STRESS!
kenapa????al sebab biarlah rahsia..hohoho....abes kelas je..muka aku
hahaha.....hehehe...


p/s: aku saje berkongsi cerita...kuikuikui..klu tak best sorylah yer...secara ringkas apa yg berlaku disekolah pada hari ini...


Sabtu, 28 Ogos 2010

Aku dan Pelajar

ELEKTRONIK...

Aku mengajar dan belajar...

cikgu : pelajar, mcmne simbol bg LED- diod pemancar cahaya?
hanif : cikgu, segitiga langgar tembok!..

tersenyum aku mendengar ayat yang pelajar aku bg..secara automatiknya..aku trus mendapat idea..

Add caption
Add caption




cikgu : terima kasih haniff...k, pelajar2 sekalian..untuk memudahkan awak mengingat simbol LED..awak igt ayat nh..kereta langgar tembok kuar asap..kereta = segitiga, tembok= garis l, asap= anak panah kuar..



2 hari selepas kejadian

cikgu : assalamualaikum semua..saya nak mengimbas semula pengajaran yang lepas..
          berikan saya simbol bagi LED.
pelajar : cikgu, kereta langgar tembok keluar asap..

selesai melukis rajah bagi simbol LED, aku terangkan pada pelajar mcmne nak bezakan antara kaki +ve dan -ve dalam simbol..sebab dalam rajah..aku suh pelajar ingatkan yang katod tue -ve..asal nampak pendek dari yang satu lagi tuelah katod atau -ve

cikgu: untuk igtkan yang mana adalah positif dan yang mana negatif awak tgk pada bahagian simbol yang     
          mana lebih besar dan itu mewakili +ve.
          Untuk perintang pulak, org besar lalu pintu kecik..itu maksud bagi perintang.

yang aku nak sampaikan kat cnh..walaupun kita sebagai guru..kadang2 kita akan belajar sesuatu yang baru dari pelajar kita sendiri..sebab aku sendiri tak terfikir simbolik dalam mengajar simbol LED dan maksud perintang...hohoo

PESANAN RASULLAH S.A.W

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Selasa, 17 Ogos 2010

Hari ini...

Orang kata jadi cikgu tue senang..
Orang kata jadi cikgu tue best...
Orang kata jadi cikgu tue seronok...
Orang kata jadi cikgu tue tak banyak keje...

Tapi aku kata....

Jadi cikgu tue senang klu faham perangai pelajar...
Jadi cikgu tue best klu pelajar faham apa yang kita ajar...
Jadi cikgu tue seronok klu pelajar hormat kite...
Jadi cikgu tue memang kena banyak keje...klu tak pelajar tak pandai...

Sekian pepatah dari aku...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ketika Cinta Bertasbih..


Dua watak yang aku minat dalam cerita ini...walaupun da lama..dan mgkn da ketinggalan..tetapi aku suka dengan cerita ini..cerita yang penuh ngan unsur-unsur keislaman..ketabahan dan kesabaran..ketinggian budi pekerti..so many positive influence yang boleh aku perolehi...

Bagaimana seorang wanita dan seorang lelaki yang saling menyintai dalam diam..tidak terluah..dan pasrah serta redha bila salah seorangnya bernikah...dalam cerita ini juga menunjukkan betapa JANJI ALLAH s.w.t itu benar..Seandainya jodoh itu mmg sudah tertulis..lambat atau cepat pasti bersama...sujud kesyukuran dilakukan..
BEST STORY!!!
10/10 star..

Perlukah???

"Bila kita rasa kita da wat yang terbaik sebenar TIDAK..kita perlu cuba untuk wat yang lebih baik..."

inilah kata-kata semangat yang sentiasa aku suntik dalam diri aku..tetapi kadang-kadang boleh menjatuhkan semangat aku..kenapa???

sebab dengan kata-kata ini aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan meletakkan harapan yang tinggi namun kadang-kadang yang terjadi adalah disebaliknya..KECEWA :(

ya..kadang2 aku kecewa dengan apa yang aku lakukan..walaupun aku rasa aku da wat yang terbaik..TETAPI..

mungkin bukan yang terbaik..usaha..usaha..dan usaha lagi.. 

PERHATIKAN gengaman tersebut..

ya aku akan sekuat gengaman tersebut..


Dan seperti kanak-kanak yang baru belajar bertatih..
 
JATUH...BANGUN..JATUH KEMBALI..BANGUN..
tanpa mengenal erti kesusahan dan kepayahan..


Bila mendengar perlu mendengar dari kedua-duanya?!?!

"Bila hati yang mencoret..luahannya pasti menyakitkan...bila fikiran yang menyatitkan..hati pasti terdiam..bila kedua-duanya bersama..ia sungguh menyenangkan.."

Pengalaman yang aku alami menjadikan aku lebih matang dalam melakukan sesuatu..tetapi ada sesuatu yang aku tak bisa atasi..walau sekuat mana aku cuba dan terus cuba..mgkn disitu letaknya kelemahan aku..kelemahan yang mgkn setiap wanita memilikinya..

Teguran yang aku perolehi tempoh hari menyedarkan aku..menyebabkan lidah aku terkelu..hati terdiam..mgkn aku tidak layak untuk menyatakan seperti itu..ya aku perlu diamkan diri..aku perlu wat tak kisah..tak perlu amik tahu..itu agaknya yang terbaik..(coretan hatiku bila beremosi)

Tetapi aku tak mampu walaupun aku da cuba sedaya upaya aku..aku cuma mendiamkan diri..mendidik diri aku berfikiran positif..jangan terlalu cepat membuat andaian..fikirkan perkara yang terbaik..(bila fikiran berfungsi)

dan sekarang aku hanya mendiamkan diri sambil melihat dan menunggu..menyuntik kata-kata yang mendatangkan fikiran yang positif..dan aku akan terus berusaha ke arah itu... 

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ingin aku kongsikan, menitik air mataku walaupun banyak kali aku mengulanginya

Khas Buat Insan yang aku sayang selepas Keluarga dan sahabat-sahabatku

Surat ku Buat Yang Bakal Menjadi Suamiku..

Ketika Allah Memilihmu Untukku.. 

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Pepatah aku

"Nilai kebahagiaan itu lebih bermakna apabila ia lahir dari kekecewaan...
Dugaan hidup adalah kebahagiaan masa akan datang..
Hadapilah kekecewaan itu dengan ingatan kepadaNya..."

 

Bila aku menulis ungkapan ini, terus terlintas dalam hati aku tentang kisah seorang kawan aku..masalah lama tetapi andaiannya akan bahagia setelah pengajaran berlaku rupanya hanyalah sekadar mimpi malahan igauan ngeri yang muncul..aku sangat simpati mendengar kisahnya..andainya aku punya kuasa untuk membantunya akan aku gunakan..

aku ingin menjelaskan bukan semua insan yang bernama ADAM itu jahat..sebab aku sendiri mencintai insan yang bernama ADAM..tetapi yang aku kesalkan insan ini telah mencemari anugerah yang telah tuhan berikan kepadanya..anugerah sebagai seorang ADAM..aku tidak mengerti kenapa semudah itu ADAM menyakiti HAWAnya..tidakkah dia mengetahui bahawa HAWAnya banyak berkorban untuk membahagiakannya..memberikannya zuriat tanpa menghiraukan kemungkinan akan meragut nyawanya..puteri-puteri yang dibesarkan takut kepadanya bukan kerana rasa hormat tetapi takut disakiti..aku tidak memahami kenapa ADAM seperti ini perlu wujud didunia ini...seketika aku berfikir...mungkin hadirnya ADAM ini untuk menguji HAWAnya akan keimanan kepada Tuhannya..

Bertahun kesabaran dan ketabahan dititipkan ke dalam sanubarinya..sehinggakan aku rasa ia begitu utuh tetapi hati seorang HAWA seutuh mana pun ketabahan dan kesabarannya..pasti mengalir air matanya..sayu aku melihat air matanya mengalir saat ADAM itu mengungkapkan kata-kata dusta di dalam pengadilan dunia..aku tidak mampu untuk mencampuri urusannya lantas aku berdoa semoga dibulan yang mulia ini akan terungkai segala kata-kata dustanya...hati yang telah diracik tidak mungkin akan bercantum kembali..hanya pada Allah sahaja dia berserah..dan aku yakin dia pasti dapat keadilan seadilnya walaupun dalam jangka masa yang panjang..

Wahai ADAM yang telah menyakiti hati HAWAmu ingatlah janji Allah itu selalu benar..pendustaanmu walaupun diiakan oleh ibumu pasti akan terungkai dengan peredaran masa..lepaskanlah HAWAmu, jangan engkau sakiti hatinya seandainya engkau tidak mampu untuk membahagiakannya..biarlah HAWAmu bebas mencari kehidupannya sendiri..dan engkau bahagia bersama HAWA barumu..

 

 

Its Me. Template by Ipietoon Cute Blog Design